Linux Mint 19 “Tara” Dijangka Hadir Sekitar Pertengahan 2018

Linux Mint 19 “Tara” Dijangka Hadir Sekitar Pertengahan 2018

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Linux MintLinux Mint merupakan salah satu variasi distro sumber terbuka yang turut menjadi pilihan ramai pengguna selain daripada Ubuntu dan Fedora. Versi paling terkini adalah Linux Mint 18.3 yang telah dilancarkan pada November lepas.

Bergerak kehadapan, kini pembangunnya merancang untuk memperkenalkan Linux Mint versi seterusnya pada Mei atau Jun 2019 kelak.

Linux Mint 19 ini kelak akan berasaskan kepada Ubuntu 18.04 LTS dan disokong selama 5 tahun sejak pelancarannya. Pembangunnya mengatakan Linux Mint 19 akan dikenali dengan nama kod “Tara”.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai versi baru Linux Mint ini dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN