Carian
Google Dilaporkan Ingin Menjual Zagat – Laman Ulasan Restoran Dan Makanan
January 4, 2018 Aman

Google pada 2011 yang lepas telah mengambil-alih salah satu laman ulasan restoran dan makanan popular di Amerika Syarikat, iaitu Zagat. Sejak daripadanya, data daripada laman berkenaan telah diintegrasikan pada pelbagai perkhidmatan Google – seperti Google Maps dan sebagainya.

Terkini, menurut Reuters, Google dalam perbincangan untuk menjual Zagat. Penjualan daripada Google akan melibatkan aset seperti penjenamaan Zagat tersebut sendiri dan juga laman webnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Google akan menjualnya pada nilai berapa. Laman yang telah dimulakan pada 1979 itu masih aktif sehingga hari ini dan mengumpulkan pelbagai artikel dan ulasan daripada pengguna dan pihak Zagat sendiri.

Komen