Nokia 6 (2018) telah dijadualkan untuk pelancaran secara rasminya esok oleh pihak HMD Global di China. Namun, kini sehari lebih awal, info mengenainya telah tertiris – memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh Nokia 6 (2018) ini.
Nokia 6 (2018) dilihat akan dilengkapi skrin 5.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM, dan membawakan rekaan peranti yang dikemaskini berbanding pada tahun lepas. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel dengan bukaan f/2.0 dan juga kamera hadapan 8-megapixel dengan nilai bukaan yang sama. Menariknya, Nokia turut menyertakan sokongan rakaman OZO Audio bersama-sama telefon pintar ini.
Seperti Nokia 8, pihak HMD Global turut melengkapkan sokongan rakaman gambar depan-belakang yang dinamakan Bothie pada telefon pintar ini.
Nokia 6 (2018) turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan menggunakan pengecasan berasaskan port mikro-USB.
Di China, ia disenaraikan pada harga bermula CNY1499 iaitu sekitar RM926. Berkemungkinan kita akan dapat melihat pengenalan Nokia 6 (2018) versi global sekitar MWC 2018 pada bulan Februari kelak.