Mark Zuckerberg Ingin Mengatasi Pelbagai Masalah Facebook Pada 2018

Mark Zuckerberg Ingin Mengatasi Pelbagai Masalah Facebook Pada 2018

Diterbitkan pada Jan 5, 2018 oleh .

Setiap tahun, Mark Zuckerberg hadir dengan cabaran peribadi tersendiri – sama ada belajar bahasa asing, membaca sejumlah buku, membangunkan kecerdasan buatan, dan sebagainya. Untuk tahun 2018 ini, Mark Zuckerberg telah pun mengumumkan cabaran peribadi tersendiri untuk tahun ini, iaitu mengatasi pelbagai masalah yang meliputi platform sosial terkemuka dunia, Facebook.

Dengan populariti Facebook dari hari hari, terdapat pelbagai masalah yang meliputinya – termasuk penyebaran berita palsu, dan kerisauan pengguna terhadap campur tangan kerajaan dalam platform berkenaan.

Bercakap mengenainya, Mark Zuckerberg mengatakan tahun ini beliau akan memfokuskan untuk mengatasi sejumlah masalah yang meliputi platform berkenaan – sekaligus mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap platform tersebut, dan pada masa yang sama membentuk komuniti yang baik melaluinya.

Buat masa ini, tiada sebarang perubahan terus yang diumumkan – tetapi kita mungkin akan dapat melihat perubahan polisi dan sebagainya pada Facebook dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN