Cari @ Amanz

Info mengenai Sony Xperia XA2 Ultra dan Xperia L2 telah diperkatakan sejak minggu lepas selepas ia melalui pengesahan Sirim di Malaysia – dan pada masa yang sama beberapa gambar telah tertiris ke arena web. Kini, @evleaks yang terkenal dengan perkongsian pelbagai gambar peranti jauh sebelum ia dilancarkan sekali lagi berkongsi gambar yang jelas untuk peranti terbaru daripada Sony ini.

Sony dijangka memperkenalkan tiga telefon pintar baru, iaitu Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra dan juga Xperia L2. Ia mungkin diperkenalkan seawal pada acara CES 2018 ataupun pada Februari kelak melalui MWC 2018.

Xperia XA2 dikatakan akan menawarkan skrin 5.2-inci dengan paparan resolusi HD penuh, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia turut dijangka menggunakan kamera belakang 21-megapixel dengan keupayaan rakaman 4K, selain kamera hadapan 7-megapixel.

Xperia XA2

Xperia XA2 Ultra pula dijangka menggunakan skrin 6-inci dengan resolusi HD penuh, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 64GB. Peranti bersaiz besar ini dijangka menggunakan dwi-kamera hadapan 15-megapixel, dan kamera belakang 21-megapixel.

Xperia XA2 Ultra

Xperia L2 pula dijangka menawarkan spesifikasi rendah, hadir dengan skrin 5.2-inci dan paparan 720p.

Sony Xperia L2

Kesemuanya dijangka menggunakan cip Snapdragon, selain menggunakan sistem operasi Android Oreo – kecuali L2 yang dijangka menggunakan Android Nougat.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai peranti ini dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd