Skrin OLED iPhone X Mempunyai Ketahanan Tunaskrin Terbaik

Skrin OLED iPhone X Mempunyai Ketahanan Tunaskrin Terbaik

Diterbitkan pada Jan 5, 2018 oleh .

Skrin OLED memaparkan warna yang hidup dan lebih mudah dilihat di bawah sinaran matahari yang terik. Tahun ini Apple akhirnya menggunakan OLED pada iPhone X. Masalah yang mungkin berlaku pada OLED ialah tuna-skrin (burn-in) yang menyebabkan imej kekal terpapar sehingga mencacatkan pemandangan.

Laman Citizen di Korea Selatan telah melakukan ujian tuna skrin pada iPhone X, Note 8 dan S7 Edge. Selepas ujian selama 510 jam, skrin iPhone X mempunyai tahap ketahanan tuna skrin terbaik di antara ketiga-tiga peranti. Kesan tuna skrin yang terhasil tidak begitu ketara seperti yang boleh dilihat di atas.

Namun tuna skrin pada skrin iPhone X mula dilihat selepas 17 jam berbanding 62 jam pada Note 8. Kesimpulan di sini ialah kebarangkalian tuna skrin berlaku pada iPhone X dan Note 8 masih lagi rendah kerana tidak ada pengguna yang akan memasang skrin peranti sehingga 17 atau 62 jam secara berterusan.

Sumber Citizen via ArsTechnica


TIPS & ULASAN