Syarikat Aksesori Komputer Mad Catz Kini Beroperasi Kembali

Syarikat Aksesori Komputer Mad Catz Kini Beroperasi Kembali

Diterbitkan pada Jan 5, 2018 oleh .

Mad Catz adalah salah satu syariakt popular yang menghasilkan aksesori permainan video. Walaubagaimanapun, kerana kewangan yang tidak kukuh, mereka telah memfailkan syarikat sebagai muflis pada April 2017 yang lepas.

Kini, lanjutan daripada beberapa gambar dan video acah yang diperlihatkan sebelum ini, Mad Catz kembali beroperasi bersempena CES 2018 ini. Mad Catz dilaporkan telah diambil-alih oleh bekas pekerja syarikat berkenaan yang meliputi aset dan penjenamaannya.

Menurut CNet, Mad Catz masih menggunakan kilang lama, sekaligus memberikan petanda yang mana mereka mungkin menawarkan kualiti yang sama baik seperti sebelum ini.

Pada CES 2018 akan datang ini, Mad Catz dijangka memperlihatkan beberapa aksesori baru memfokuskan multimedia dan permainan video, termasuk antaranya adalah tetikus R.A.T, papan kekunci S.T.R.I.K.E, set kepala F.R.E.Q, dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran mereka pada acara CES 2018 minggu depan.


TIPS & ULASAN