Anda Kini Boleh Tempah Oppo F5 Edisi Fattah Amin Pada Harga RM1298

Anda Kini Boleh Tempah Oppo F5 Edisi Fattah Amin Pada Harga RM1298

Diterbitkan pada Jan 5, 2018 oleh .

Oppo Malaysia hari ini telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar edisi khas Oppo F5, iaitu Oppo F5 Edisi Fattah Amin. Secara ringkasnya, ia menawarkan spesifikasi dan rekaan lebih kurang sama – tetapi dengan beberapa kandungan tambahan, dan hadiah percuma bertemakan Fattah Amin.

Oppo F5 Fattah Amin

Oppo F5 edisi Fattah Amin ini hadir dengan skrin 6-inci dengan rekaan HD penuh, dilengkapi cip MediaTek Helio P23, 4GB RAM, storan 32GB dan bateri berkapasiti 3200mAh. Ia turut dilengkapi 16-megapixel dan kamera selfie 20-megapixel.

Oppo turut menyertakan kandungan khusus tambahan berbentuk nada dering dengan suara Fattah Amin, koleksi gambar Fattah Amin, serta kerangka luar khusus dengan lakaran Fattah Amin.

Oppo F5 Fattah Amin

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan Oppo F5 edisi Fattah Amin ini hari ini.


TIPS & ULASAN