Amazon Dilaporkan Merancang Membida Hak Penyiaran Liga Perdana Inggeris

Amazon Dilaporkan Merancang Membida Hak Penyiaran Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan pada Jan 6, 2018 oleh .

Amazon VideoLiga bola sepak paling popular di dunia ialah Liga Perdana Inggeris (EPL). Hak penyiaran dijual pada nilai mencecah berbilion ringgit dan pasukan-pasukan di dalam liga mempunyai penyokong di seluruh dunia. Menurut laporkan Bloomberg, Amazon kini sedang merancang untuk membida hak penyiaran EPL.

Bidaan hak penyiaran akan dibuka pada bulan Februari. Tiga tahun yang lalu, SKY dan BT membayar GBP 5.1 bilion untuk hak penyiaran selama tiga tahun. Nilai bidaan akan datang ini dijangka meningkat lagi kerana kepopular liga yang semakin meningkat. Amazon memerlukan hak penyiaran untuk meningkatkan jumlah pelanggan Prime. Bagi pengguna pula mereka boleh menstrim permainan secara langsung terus menerusi Amazon tanpa perlu lagi melanggan kepada perkhidmatan TV satelit.


TIPS & ULASAN