Cari @ Amanz

Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Nokia 6 2018 telah dilancarkan semalam. Kesemua maklumat yang tertiris nyata benar dan tahun ini peranti dengan skrin 5.5″ dilengkapi pemproses Snapdragon 630 bagi membekalkan lebih kuasa.

Skrin 5.5″ IPC LCD dikekalkan dengan resolusi HD Penuh. Pemproses Snapdragon 630 tahun ini menggantikan pemproses Snapdragon 430 tahun lalu. Ia dipadankan pula dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan 32/64GB. Kamera utama sebesar 16-Megapixel di bahagian belakang dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Seperti Nokia 8, fungsi rakaman Bothie turut disokong. Bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan menggunakan port USB-C.

Sedikit mengecewakan Nokia 6 2018 masih lagi menggunakan Android 7.1.1 dan akan diberikan kemaskini Oreo di masa hadapan. Nokia 6 2017 dijual pada harga RMB 1499 (~RM 923) sebuah dengan dua pilihan warna diberikan iaitu hitam dan perak

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd