Carian
Energizer Power Max P600S Dilancarkan Dengan Bateri Berkapasiti 4500mAh
January 7, 2018 Aman

Energizer merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena penawaran bateri. Disamping itu, mereka juga mempunyai beberapa penawaran lain, termasuk kini sebuah telefon pintar baru yang dinamakan Energizer Power Max P600S.

Dengan jenama yang sinonim dengan bateri, telefon pintar Power Max P600S ini memfokuskan kepada penawaran bateri berkapasiti besar – 4500mAh, dan dikatakan menawarkan masa penggunaan peranti sehingga 12 jam. Ia turut menyokong pengecasan pantas 12V melalui port USB-C.

Energizer Power Max 600S

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5.99-inci dengan rekaan skrin 18:9, menggunakan cip Helio P25, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari dibelakang, serta menggunakan dwi-kamera belakang gabungan sensor 13MP dan 5MP, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualan telefon pintar ini, dan dimanakah ia akan ditawarkan secara rasminya.

Komen