Acer Spin 3 Kini Hadir Dengan Cip Intel Core Generasi Ke-8 Dan Bateri Sehingga 12 Jam

Diterbitkan pada Jan 7, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acer turut tidak melupakan komputer yang boleh diputar 360-darjah mereka pada acara CES 2018, dan kini telah mengumumkan kemaskini untuk keluarga Acer Spin, melalui Acer Spin 3.

Acer Spin 3

Komputer riba yang boleh dipusingkan skrinnya kepada sebuah tablet ini kini hadir dalam pilihan skrin 14-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8.

Acer masih belum mengeluarkan spesifikasi penuh untuk komputer riba ini, tetapi ia dikatakan bakal menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 12 jam lamanya.

Acer akan menawarkan komputer riba ini bermula bulan Februari 2018 kelak, dan dijangka membawakan harga yang sangat kompetitif.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami