Rekaan Doogee V Tertiris – Skrin Seakan iPhone Dengan Pengimbas Jari Terbina Pada Skrin

Rekaan Doogee V Tertiris – Skrin Seakan iPhone Dengan Pengimbas Jari Terbina Pada Skrin

Diterbitkan pada Jan 7, 2018 oleh .

Peranti pertama dengan pengimbas jari terbina pada skrin akan dilancarkan oleh Vivo di acara CES 2018. Sistem pengimbas cap jari ini dijangka digunakan secara meluas tahun ini oleh pelbagai pengeluar. Doogee walaupun bukan nama besar dalam dunia peranti pintar tidak mahu ketinggalan dan akan turut mengikuti langkah yang sama.

Rekaan Doogee V tertiris ke arena web menerusi @evleaks. Peranti ini mempunyai rekaan skrin bertakuk seperti sebuah iPhone dengan panel belakang yang menyerupai sebuah Galaxy S9+. Pengimbas cap jari terbina pada skrin terletak pada bahagian dagu peranti nirbingkai ini. Tiada maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran diketahui setakat ini.


TIPS & ULASAN