Proton Gantung Sementara Pengedar Yang Menerima Kriptowang Untuk Jualan Kereta

Proton Gantung Sementara Pengedar Yang Menerima Kriptowang Untuk Jualan Kereta

Diterbitkan pada Jan 7, 2018 oleh .

Pada penghujung minggu lepas, kita telah melihat salah satu pengedar kenderaan Proton menggunakan kaedah moden dalam memasarkan dan menjual kenderaan Proton – iaitu menggunakan kriptowang Bitcoin dan juga Ethereum. Ia turut menerima pelbagai maklumbalas positif daripada mereka yang melabur dalam arena kriptowang – dan pada masa yang sama pelbagai persoalan oleh pengguna umum berkaitan dengannya.

Kini, pihak Proton dilihat telah menggantung sementara pengedar berkenaan untuk siasatan lanjut.

Menurut pengedar berkenaan sebelum ini, pembeli boleh membuat bayaran penuh menggunakan Bitcoin atau Ethereum kepada akaun khusus, dan pengedar berkenaan akan membayar kepada Proton menggunakan tunai. Melalui promosi jualan menggunakan Bitcoin ini, pengedar berkenaan dilihat menerima lebih ramai pengunjung berbanding sebelum ini.

Untuk Proton sendiri, mereka mengatakan yang mana mereka tidak mengiktiraf Bitcoin atau Ethereum sebagai salah satu mod pembayaran. Perkara sama juga turut ditekankan oleh Bank Negara Malaysia, tetapi masih tiada sebarang halangan untuk menggunakannya atas risiko pengguna sendiri.


TIPS & ULASAN