Cari @ Amanz

Terdapat beberapa dok GPU luaran yang ditawarkan pengeluar komputer pada hari ini, dan Asus turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Asus XG Station Pro.

Asus XG Station Pro

Dok generasi baru ini hadir dengan sokongan Thunderbolt 3, sekalgus membolehkan anda menghubungkan ia kepada mana-mana komputer riba atau PC, dan menggunakan kuasa grafik tambahan melaluinya.

Ia amat berguna untuk tujuan tugasan multimedia, atau bermain permainan video. Asus mengatakan XG Station Pro ini menyokong kad grafik NVIDIA GeForce GTX siri-900 dan siri-10, selain turut menyokong kad grafik AMD Radeon R9 dan terkini.

Asus mengatakan ia akan dipasarkan bermula bulan ini di beberapa pasaran. Namun, ia tidak diketahui lagi bilakah Asus XG Station Pro ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.

Asus XG Station Pro

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd