Nintendo Melancarkan Kerangka Bertemakan Permainan Video Untuk Peranti Pintar

Nintendo Melancarkan Kerangka Bertemakan Permainan Video Untuk Peranti Pintar

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Nintendo ialah syarikat permainan video yang menerima nyawa kedua mereka tahun lalu selepas konsol Switch mendapat sambutan amat luar biasa dari peminat. Konsol mereka yang selama ini menjadi adik tiri kepada Sony dan Microsoft berjaya mencatatkan jualan yang tinggi sehingga sukar untuk dimiliki. Kesemuanya hanya bergantung kepada siri permainan klasik seperti Zelda dan Mario.

Bagi peminat Nintendo khususnya permainan keluaran mereka, kini anda boleh memiliki kerangka telefon pintar bertemakan siri Zelda, Spalatoon dan Animal Crossing. Kerangka-kerangka ini dihasilkan untuk iPhone dan peranti pintar lain. Ia terdiri daripada rekaan kerangka polikarbonat dan juga kerangka folio yang diperbuat daripada kulit. Harga jualan kerangka bertemakan permainan video ini bermula dari Yen 2678 (~RM 95) sebuah.


TIPS & ULASAN