Carian
Samsung Melancarkan The Wall – Televisyen MikroLED Modular Nirbingkai Sebesar 146 Inci
January 8, 2018 Effi Saharudin

Skrin nirbingkai digunakan secara meluas pada telefon pintar tahun lalu. Samsung antara nama besar yang menggunakan teknologi ini telefon pintar keluaran mereka. Di CES 2018, mereka telah memperlihatkan teknologi nirbingkai pada televisyen gergasi yang diberi gelaran The Wall.

Sesuai dengan namanya, The Wall ialah televisyen gergasi dengan skrin sebesar 146 inci. Ia menggunakan teknologi baru MikroLED yang membolehkan ia memaparkan imej yang lebih terang serta tajam. Teknologi modular disini bukanlah bermakna komponen televisyen ini boleh ditambah atau dibuang. Sebaliknya sebahagian skrin sahaja boleh diaktifkan mengikut keperluan pengguna.

Sebagai contoh mereka mungkin ingin menggunakan hanya 60 inci skrin untuk menonton rancangan TV manakala selebihnya dipadamkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga. Tiada maklumat mengenai resolusi, tarikh atau harga jualan untuk The Wall buat masa ini.

 

Komen