Honor V10 Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia – Kirin 970, 6GB RAM, Skrin 18:9, Pada RM2099

Honor V10 Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia – Kirin 970, 6GB RAM, Skrin 18:9, Pada RM2099

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah memulakan pra-tempahan untuk Honor View 10 atau turut dikenali dengan nama Honor V10. Secara kasarnya, ia menawarkan ciri seumpama Huawei Mate 10, tetapi dengan sedikit perbezaan dan dibawah jenama Honor.

Honor V10

Honor V10 hadir dengan skrin 5.99-inci dengan resolusi 2160×1080 pixel dan menggunakan rekaan nisbah skrin 18:9. Melengkapkannya juga adalah cip Kirin 970 yang turut menyertakan sokongan khusus untuk pemprosesan neural, memori sehingga 6GB RAM dan ruangan storan 128GB. Peranti ini turut menyokong pengecasan pantas untuk bateri 3750mAh.

Melengkapkannya adalah penggunaan dwi-kamera 16-megapixel RGB dan juga 20-megapixel hitam-putih dibahagian belakang – selain kamera hadapan 13-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk telefon pintar ini pada harga RM2099 bermula hari ini.


TIPS & ULASAN