Samsung Menggunakan Kecerdasan Buatan Bagi Meningkatkan Imej Ke Resolusi 8K

Samsung Menggunakan Kecerdasan Buatan Bagi Meningkatkan Imej Ke Resolusi 8K

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Selain TV nirbingkai The Wall, Samsung turut mengumumkan QLED pertama mereka yang menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan resolusi video ke 8K. Kecerdasan buatan akan yang digunakan akan menganalisa setiap imej sebelum mengurangkan noise dan meningkatkan resolusi.

Imej sumber pada resolusi SD, FHD dan UHD kesemuanya boleh dipertingkatkan kualitinya ke 8K dengan menggunakan teknologi ini. Selain visual, audio juga boleh dipertingkatkan menggunakan sistem kecerdasan buatan ini. Ia dengan pintar boleh mengubah mod audio mengikut kandungan. Audio kandungan sukan misalnya akan dipertingkatkan bagi memberikan ilusi berada di dalam stadium.

Televisyen dengan kecerdasan buatan ini akan memasuki pasaran US dan Korea Selatan pada separuh kedua 2018. Ia akan digunakan pada televisyen dengan saiz skrin melangkaui 65″ untuk paparan visual 8K yang terbaik.

Akhir sekali Samsung turut mengesahkan pembantu maya Bixby akan mula digunakan pada televisyen pintar keluaran mereka tahun ini. Ini selari dengan pengumuman mereka tahun lalu bahawa Bixby 2.0 akan mengawal kesemua peranti berhubung mereka di bawah payung SmartThings.


TIPS & ULASAN