NVIDIA Bekerjasama Dengan Acer, Asus Dan HP Untuk Tawar Skrin 65-inci Dengan Paparan 4K 120Hz

NVIDIA Bekerjasama Dengan Acer, Asus Dan HP Untuk Tawar Skrin 65-inci Dengan Paparan 4K 120Hz

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

NVIDIA hari ini turut tidak ketinggalan dalam pengenalan produk baru bersempena CES 2018, dan telah mengambil peluang untuk mengumumkan BFGD (Big Format Gaming Displays) bersama beberapa rakan kerjasama pengeluar.

NVIDIA BFGD CES 2018

Antara rakan kerjasama yang akan hadir dengan BFGD ini adalah termasuk Acer, Asus, dan juga HP. Melalui BFGD ini, ia menawarkan skrin 65-inci pada resolusi 4K dan menawarkan paparan HDR dengan kadar segar semula 120Hz dan dilengkapi teknologi G-Sync.

Kesemua penawaran BFGD ini juga turut hadir dengan integrasi Android TV dan membolehkan pengguna menggunakan ia bersama NVIDIA Shield untuk bermain permainan.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual tidak diumumkan lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN