Aplikasi KWSP Menerima Nafas Baru Dengan Antaramuka Lebih Moden

Aplikasi KWSP Menerima Nafas Baru Dengan Antaramuka Lebih Moden

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi EPF i-Akaun di Android dan iOS, sekaligus menawarkan antaramuka yang serba baru dan moden kepada pengguna.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk semua pencarum KWSP, dan untuk menggunakannya, anda perlu mendaftar dan mengaktifkan akaun anda melalui kiosk di cawangan KWSP.

EPF KWSP i-Akaun

Menggunakan aplikasi EPF i-Akaun ini, anda boleh menyemak baki akaun anda – termasuk Akaun 1 dan Akaun 2, melihat jumlah caruman, melihat informasi seperti caruman yang boleh dikeluarkan dan sebagainya.

Bagi anda yang merupakan seorang pencarum KWSP, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi EPF i-Akaun ini hari ini.

Muat-Turun EPF i-Akaun untuk Android

Muat-Turun EPF i-Akaun untuk iOS


TIPS & ULASAN