Pelancar Sense yang digunakan pada peranti Sense kini semakin hampir kepada pelancar Android asli. Dengan kustomasi yang kecil ini, mereka dengan lebih pantas boleh memberikan kemaskini Android kepada peranti keluaran mereka. Namum umum diketahui sistem Android asli memberikan fungsi yang agak terhad. Bagi meningkatkan kemampuan merakam skrin, aplikasi HTC Screen Capture Tool telah dilancarkan.
Dengan aplikasi ini, pengguna peranti HTC akhirnya boleh merakam gambar skrin secara memanjang. Ini ialah fungsi yang boleh ditemui pada peranti Samsung, Oppo dan Huawei. Turut disertakan ialah kemampuan melakar pasca gambar diambil. Terdapat pilihan beberapa jenis mata pena, berus dan warna disertakan. Aplikasi ini boleh dimuat turun terus dari Google Play.