NVIDIA Memulakan Perkhidmatan Beta Untuk Penstriman Awan GeForce Now Di Windows

NVIDIA Memulakan Perkhidmatan Beta Untuk Penstriman Awan GeForce Now Di Windows

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

NVIDIA sebelum ini telah menawarkan perkhidmatan penstriman awan GeForce Now untuk Mac. Hari ini, NVIDIA turut mengumumkan yang mana perkhidmatan berkenaan turut diperluaskan untuk pengguna Windows.

Melalui perkhidmatan GeForce Now, ia membolehkan anda strim permainan secara atas-talian, sekaligus membolehkan anda menggunakan komputer dengan spesifikasi rendah untuk memainkan pelbagai permainan terkini.

Perkhidmatan ini hanya terhad untuk pengguna di Amerika Utara sahaja buat masa ini.

GeForce Now Windows

Kami sendiri pernah mencubanya pada Mac sebelum ini, dan ia beroperasi dengan lancar – tetapi memerlukan sambungan internet yang pantas untuk mengelakkan sebarang lengah masa dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih dikategorikan sebagai beta dan diuji secara terhad. Ia tidak diketahui lagi bilakah NVIDIA akan memperluaskan penawaran GeForce Now ini untuk pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN