Cari @ Amanz

Antara masalah yang melanda insan yang berusia ialah terjatuh di rumah. Tidak seperti insan lebih muda, apabila orang berusia terjatuh mereka berhadapan kecederaan yang serius seperti patah pinggang. Bagi mengelakkan kecederaan seperti ini dari berlaku, beg udara untuk pinggang Hip’Air telah diperlihatkan di CES.

Beg udara yang dihasilkan oleh Helite ini dipasang pada pinggang dan boleh mengembang dalam masa kurang separuh saat. Ini ialah masa yang cukup pantas bagi melindungi pinggang pemakai dari kecederaan serius. Sistem ini akan dijual di Eropah bulan hadapan pada harga $790 (~RM 3152) sebuah dengan kos gantian kapsul udara mencecah $50 sebuah.

Dianggarkan 23% insan yang berusia 55 tahun ke atas meninggal dunia kerana komplikasi setahun selepas mengalami patah pinggang. Sebanyak 50% kehilangan mobiliti selepas mengalami kecederaan. Jadi walaupun harga jualan Hip’Air agak mahal, ia mungkin sistem yang boleh mengurangkan risiko kecederaan kekal atau kematian bagi warga emas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd