NVIDIA Freestyle Membolehkan Anda Menambah Kesan Penuras Pada Rakaman Permainan

NVIDIA Freestyle Membolehkan Anda Menambah Kesan Penuras Pada Rakaman Permainan

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Penggunaan kesan penuras boleh dikatakan popular dikalangan ramai pengguna pada hari ini – terutamanya melalui aplikasi seperti Instagram. Hari ini, NVIDIA membuat kejutan, dan turut menawarkan ciri yang lebih kurang sama untuk pengguna yang merakamkan melalui GeForce Experience.

NVIDIA Freestyle

Kini, pengguna boleh menambah kesan penuras yang dinamakan sebagai Freestyle, ia menawarkan sekitar 15 kesan penuras yang boleh anda tambah pada rakaman video permainan anda – sebelum anda kongsikan rakaman berkenaan melalui laman seperti YouTube dan lain-lain.

Buat masa ini, NVIDIA mengatakan ia telah sedia menyokong sekitar 100 permainan, dan ciri baru ini dijangka akan hadir melalui kemaskini GeForce Experience akan datang.


TIPS & ULASAN