MSI Memperkenalkan Monitor Yang Dilengkapi Lampu RGB Untuk Notifikasi
MSI

MSI Memperkenalkan Monitor Yang Dilengkapi Lampu RGB Untuk Notifikasi

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

MSI sedia menawarkan beberapa monitor menarik untuk para peminat permainan video. Terkini, hari ini mereka turut mengumumkan dua lagi monitor baru untuk tujuan multimedia, dan menariknya kali ini ia hadir dengan lampu RGB terbina pada bahagian bawah.

MSI Optic RGB

Pengguna boleh menggunakan perisian GameSense untuk mengawal lampu RGB ini – sama ada memautkan ia dengan ciri dalam permainan, atau bersama aplikasi seperti Discord yang membolehkan lampu berkelip apabila anda menerima notifikasi dan sebagainya.

Dia monitor yang hadir dengan lampu RGB ini adalah MSI Optic MPG27CQ dan juga MSI Optic MPG27CQ.

Kedua-duanya hadir dengan skrin bersaiz 27-inci dan dilengkapi kadar segar semula 144Hz.

Harga jualan untuknya masih belum diumumkan lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN