Uber Dan AirAsia Umum Kerjasama Untuk Memudahkan Pengguna Tiba Didestinasi

Uber Dan AirAsia Umum Kerjasama Untuk Memudahkan Pengguna Tiba Didestinasi

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Uber dan AirAsia hari ini mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya, AirAsia akan mengintegrasikan sokongan tempahan terus Uber pada perkhidmatan mereka – sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat tempahan Uber ketika membeli perkhidmatan AirAsia.

Seperti ramai sedia maklum, Uber sedia menyediakan ciri yang dinamakan Scheduled Rides yang membolehkan anda membuat penjadualan pengangkutan ke destinasi sehingga 30 hari lebih awal. AirAsia dilihat memudahkan pelanggan mereka membuat tempahan awal Uber melalui penggunaan ciri ini.

Ia secara tidak langsung akan memudahkan anda ke destinasi – dimana anda boleh membuat tempahan Uber dari rumah ke lapangan terbang, serta dari lapangan terbang yang ditiba ke hotel atau lokasi destinasi. Ini secara tidak langsung memudahkan proses pengangkutan anda untuk tiba di sesuatu destinasi dengan lebih mudah lagi.


TIPS & ULASAN