Carian
Sony Xperia XA2 Ultra Hadir Dengan Dwi-Kamera Hadapan Dan Android Oreo
January 8, 2018 Effi Saharudin

Sony melancarkan dua peranti baru di bawah keluarga Xperia XA 2 mereka di CES hari ini. Sony Xperia XA 2 ialah dilengkapi skrin yang lebih kecil di antara dua peranti ini. Skrin 5.2″ IPS LCD yang digunakan menyokong resolusi 1080P.

Ini dipadankan dengan pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB, kamera utama 23-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Kamera utama yang disertakan mampu merakam pada tetapan 4K. Menarik sekali pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang dan bukan disisi seperti yang ditemui pada peranti-peranti Xperia sebelum ini.

Sony Xperia XA 2 Ultra dilengkapi skrin 6″ IPS LCD dengan resolusi HD penuh. Ia dijana oleh pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 4GB RAM, storan 32/64GB, kamera utama 23-Megapixel, kamera hadapan 16+8 Megapixel dan bateri sebesar 3580 mAh. Kamera hadapan ini turut dilengkapi sistem OIS. Ini adalah aneh kerana sistem OIS tidak disertakan pada kamera utama 23-Megapixel yang menggunakan sensor Exmor RS.

Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi Android Oreo. Kedua-dua peranti ini akan mula dijual pada bulan Februari tetapi harga masih belum diumumkan buat masa ini.

Komen