Sony hari ini telah memperkenalkan beberapa telefon pintar baru, dan salah satunya adalah telefon pintar mampu milik dibawah keluarga Xperia L, iaitu Xperia L2.
Xperia L2 menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan 720p, cip MediaTek MT6735P, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.
Untuk rakaman gambar, Xperia L2 menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel dengan sudut rakaman 120-darjah.
Sony turut melengkapkan ia dengan bateri berkapasiti 3300mAh yang boleh dicas menggunakan USB-C, selain turut menyertakan ciri NFC padanya.
Secara keseluruhan, tiada sebarang ciri khusus disertakan, selain membolehkan pengguna menikmati rekaan dan binaan Sony Xperia pada harga sedikit rendah. Agak mendukacitakan kerana Sony hanya menyertakan Android 7.1 Nougat sahaja pada telefon pintar ini, dan bukannya Oreo.
Harga jualan tempatannya masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia telah melepasi Sirim, maka kita mungkin akan dapat melihatnya dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.