CPU AMD Ryzen Generasi Kedua Akan Diumumkan Pada Bulan April Kelak – Dinamakan AMD Ryzen Desktop 2000
AMD

CPU AMD Ryzen Generasi Kedua Akan Diumumkan Pada Bulan April Kelak – Dinamakan AMD Ryzen Desktop 2000

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Sewaktu acara pengumuman AMD di Las Vegas, syarikat pembuat cip pemprosesan tersebut juga turut berkongsi serba sedikit mengenai CPU yang mereka akan umumkan pada bulan April kelak.

Daripada butiran yang ditunjukkan diatas pentas, CPU baru yang dinamakan AMD Ryzen Desktop 2000 ini akan menggunakan teknologi-teknologi yang terbaru, diantaranya ialah Zen+ yang akan menggunakan teknologi binaan 12nm, berbanding 14nm yang digunakan untuk membina CPU Ryzen generasi pertama.

Diantara penambahbaikan yang dapat dilihat pada CPU AMD Ryzen Desktop 2000 ini ialah pengurangan penggunaan tenaga, kelajuan yang lebih pantas berbanding dengan CPU AMD Ryzen sebelum ini melalui Precision Boost 2 dan Xtended Frequency Range 2,

Selain dari itu, AMD juga akan memperkenalkan siri papan induk X470 pada bulan April kelak, yang juga akan hadir dengan ciri-ciri baru yang tidak dijelaskan di acara pra-CES tersebut.

Apa-apa pun, nampaknya kita akan perlu menunggu sehingga bulan April nanti untuk melihat apakah lagi ciri-ciri menarik CPU ini, dan bilakah ia boleh dibeli di kedai-kedai kelak.


TIPS & ULASAN