Cari @ Amanz

Pada acara CES 2018, selain pengenalan komputer riba baru, pihak HP turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru yang dinamakan HP Omen Game Stream.

HP Game Stream

Melaluinya, pengguna boleh strim permainan pada komputer Windows lain yang berspesifikasi rendah, atau tanpa GPU terbina. Ia dilakukan dengan menghubungkan komputer pengguna kepada komputer Omen milik mereka yang lain melalui internet.

HP menggunakan teknologi Parsec untuk tujuan ini, dan memerlukan pengguna mempunyai akses internet sepantas 25mbps untuk pengalaman yang baik.

HP dijangka memperkenalkan Game Stream sebagai perkhidmatan terbina pada komputer Omen melalui perisian Command Center yang hadir terbina.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd