NVIDIA Menyasarkan Lebih 50 Juta Pengguna Set Realiti-Maya Menjelang 2021

NVIDIA Menyasarkan Lebih 50 Juta Pengguna Set Realiti-Maya Menjelang 2021

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Peranti berasaskan realiti-maya telah mula dijual dan ditawarkan meluas sejak setahun dua ini – dan salah satu arena yang turut menjadi fokus untuk penggunaannya adalah untuk permainan video. Sony sendiri telah mula memfokuskan jualannya melalui PlayStation VR, selain HTC dengan Vive, serta tidak ketinggalan adalah Facebook melalui Oculus.

Terkini, berkongsi ramalan untuk tiga tahun akan datang, NVIDIA menyasarkan sekitar 50 juta pengguna set realiti-maya dijangka menjelang 2021 kelak.

NVIDIA CES 2018

Angka ini mungkin bukan sesuatu yang mustahil, apatah lagi selain melalui peranti mudah-alih, pihak Microsoft dan rakan kerjasama mereka telah mula memasarkan set realiti-maya dan realiti-gabungan bermula penghujung tahun 2017.

Peningkatan set realiti-maya juga secara tidak langsung akan memperlihatkan peningkatan kandungan untuknya. Sony sendiri menyasarkan peningkatan kandungan PSVR sehingga 80% pada tahun ini.

Selain daripada itu, NVIDIA juga menyasarkan pemain PC akan terus meningkat kepada 1.4 bilion menjelang 2020 kelak.


TIPS & ULASAN