Carian
Garmin Forerunner 645 Diperkenalkan – Jam Tangan Pintar Dengan Integrasi GPS Dan Storan Muzik
January 8, 2018 Aman

Garmin bukan suatu nama yang asing dalam penawaran jam tangan pintar dengan integrasi GPS. Hari ini, bersempena CES 2018, mereka telah memperkenalkan Garmin Forerunner 645, iaitu jam tangan pintar terbaru mereka.

Forerunner 645 ini turut hadir dengan sokongan storan muzik, sekaligus membolehkan anda turut menikmati muzik melalui fon telinga ketika sedang bersenam – tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar anda.

Garmin Forerunner 645

Jam tangan pintar ini membolehkan anda memantau aktiviti seperti berlari, berbasikal, berenang, dan pelbagai senaman lain. Pengguna juga turut boleh memantau kadar denyutan nadi, serta dikatakan akan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 7 hari untuk penggunaan biasa, dan sehingga lima jam dengan mod GPS yang aktif.

Untuk storan muzik pula, ia menawarkan kawalan asas dan membolehkan pengguna menyimpan sehingga 500 fail muzik padanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah jam tangan pintar ini akan dijual di pasaran tempatan.

Komen