Asus Dan Pasukan e-Sukan SKT T1 Mengumumkan Komputer Riba Asus ROG Edisi Terhad

Asus Dan Pasukan e-Sukan SKT T1 Mengumumkan Komputer Riba Asus ROG Edisi Terhad

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Asus sedia mempunyai pelbagai penawaran menarik dibawah keluarga Asus ROG (Republic of Gamers). Pada acara CES 2018, mereka mengambil peluang untuk mempertontonkannya, dan turut mengumumkan komputer riba edisi terhad bersama pasukan e-sukan SK Telecom T1.

Asus ROG Strix SKT T1 Hero Edition

Dinamakan Asus ROG Strix SKT T1 Hero Edition, selain penggunaan corak unik pada kerangka komputer riba, ia juga turut hadir dengan beberapa barangan edisi terhad pasukan e-sukan SK Telecom T1, termasuk baju, pad tetikus, dan juga poster.

Asus ROG Strix SKT T1 Hero Edition

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi cip Intel Core i7, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060, dan skrin dengan kadar segar semula 120Hz.

Sekiranya anda merupakan peminat setia pasukan e-sukan SKT T1, tidak mustahil komputer riba Asus ROG ini adalah salah satu model yang dinantikan anda.


TIPS & ULASAN