Cari @ Amanz

Bersempena dengan CES 2018, Asus telah memperkenalkan beberapa aksesori mereka, dan salah satunya adalah “Kit Nirbingkai” mereka tersendiri untuk pengguna yang menggunakan tetapan lebih daripada satu monitor.

Asus Kit Nirbingkai

Kit khusus ini menggunakan gabungan lensa khusus yang dihubungkan ke monitor, dan ia menggunakan refleksi cahaya untuk membuatkan bingkai pada bahagian gabungan monitor kelihatan seperti hilang. Ia dikatakan kit ini membolehkan monitor digabungkan pada sudut 130-darjah, dan dengan lensa dan refleksi secara optikal, ia membolehkan bingkai monitor pada bahagian gabungan kelihatan seumpama hilang.

Asus menyasarkan untuk memasarkan kit nirbingkai ini pada pertengahan pertama 2018 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd