Cari @ Amanz

Vivo memperlihatkan prototaip peranti dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin di acara MWC Shanghai tahun lalu. Pada waktu tersebut teknologi ini masih belum cukup matang untuk digunakan pada peranti yang dijual secara komersial. Penantian untuk peranti pertama dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin akan berakhir pada 10 Januari ini.

Pihak Vivo telah berkongsi imej acah yang memberikan petunjuk peranti yang menggunakan teknologi ini akan dilancarkan di CES. Dari beberapa ura-ura yang didengari ia mungkin Vivo X20 Plus UD (Under Display). Peranti ini dipercayai akan menggunakan sistem pengimbas cap jari yang dibangunkan oleh Qualcomm. Tahun 2018 mungkin akan menjadi tahun dimana penggunaan pengimbas cap jari terbina pada skrin akan dilakukan secara meluas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd