Carian
ASUS Melancarkan Dua PC Mini PB40 Dan PN40 Serta Chromebox 3
January 9, 2018 Effi Saharudin

Tidak semua pengguna memerlukan sebuah PC berkuasa yang bersaiz besar. Kerap kali sebuah PC berkuasa sederhana sudah memadai untuk tugasan harian di pejabat. Bagi  pengguna-pengguna ini, PC mini ialah pilihan paling sesuai. Di CES 2018, Asus telah melancarkan dua PC mini dan sebuah Chromebox terbaru.

 Asus PB40 menyokong pemproses Intel Pentium Silver generasi ke-lapan, pilihan sehingga enam port USB-C serta sambungan secara HDMI/DisplayPort/VGA.  Rekaan kerangka yang kompak membolehkan PC mini ini disusun secara menegak bersama aksesori tambahan seperti pemacu optikal. Terdapat juga pilihan kerangka tanpa kipas apabila menggunakan pemproses Intel Celeron.

Asus PN40 ialah sebuah lagi PC mini yang mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding PB40. Ia mempunyai saiz kompak 4.4″ x 4.4″x 1.9″ dengan berat dibawah 700 gram. Ia menyokong pemproses Intel Pentium Silver generasi ke-lapan. Terdapat pilihan I/O USB-A, USB-C dan VGA.

Akhir sekali ialah ASUS Chromebox 3 yang turut menyokong pemproses Intel Core generasi ke-lapan, memori DDR4-2400. Terdapat sokongan output menerusi HDI dan DislayPort dengan resolusi sehingga 4k UHD. Seperti dua PC mini di atas, ia turut mmpunyai port USB-C dan sokongan WiFi 802.11ac.

Ketiga-tiga komputer kompak ini akan memasuki pasaran pada suku kedua 2018. Harga jualan akan diumumkan apabila ia dilancarkan kelak.

Komen