Carian
Lenovo Memperkenalkan Komputer Windows 10 Dengan Cip Snapdragon – Lenovo Miix 630
January 9, 2018 Aman

Microsoft dan Qualcomm pada tahun lepas telah pun memperkenalkan sejumlah komputer Windows 10 dilengkapi cip Snapdragon bersama beberapa rakan kerjasama. Kini, pada CES 2018, pihak Lenovo turut tidak ingin ketinggalan dan telah memperkenalkan komputer dibawa kategori sama, iaitu Lenovo Miix 630.

Lenovo Miix 630

Lenovo Miix 630 adalah komputer riba yang boleh ditanggalkan papan kekuncinya, dan digunakan sebagai sebuah tablet. Ia hadir dengan skrin 12.3-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 835.

Melengkapkannya juga adalah memori sehingga 8GB RAM, ruangan storan sehingga 256GB, serta dilengkapi bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 20 jam penggunaan.

Lenovo Miix 630

Lenovo turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel pada peranti ini. Ia menggunakan sambungan USB-C, selain turut dilengkapi ruangan kad-SIM Nanro bersama dengannya.

Lenovo Miix 630 hadir dengan Windows 10 S, dan membolehkan anda memasang aplikasi melalui Microsoft Store.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Lenovo Miix 630 ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Komen