LG Dijangka Memperkenalkan LG G7 Sekitar Mac 2018
LG

LG Dijangka Memperkenalkan LG G7 Sekitar Mac 2018

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Selain daripada Samsung Galaxy S9, salah satu peranti yang turut dinantikan ramai untuk awal 2018 adalah peranti seterusnya daripada LG, iaitu LG G7.

Laporan awal kini mengatakan LG mungkin memperkenalkan telefon pintar berkenaan seawal Mac 2018, dan ia akan mula dijual sekitar April 2018 kelak.

Mengikut desas-desus awal, telefon pintar ini dijangka dilengkapi cip Snapdragon 845, menggunakan skrin nirbingkai, dan dilengkapi dwi-kamera serta pengimbas mata – lebih kurang seperti kebanyakkan peranti baru pada tahun ini.

Laporan sebelum ini turut mengatakan yang mana LG mungkin menggunakan nama lain untuk telefon pintar mereka, dan tidak memanggilnya sebagai LG G7 lagi.

Seperti biasa, segalanya akan terjawab dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.


TIPS & ULASAN