Carian
Lenovo Smart Display Dilancarkan Dengan Sokongan Google Assistant
January 9, 2018 Effi Saharudin

Google Assistant boleh ditemui pada telefon pintar, televisyen dan pembesar suara. Kini sebuah lagi peranti pintar akan dilengkapi dengan pembantu maya Google ini. Lenovo Smart Display ialah sebuah “paparan pintar” yang merupakan pesaing kepala Amazon Echo Show.

  Lenovo Smart Display hadir dalam dua pilihan saiz skrin iaitu 8″ dan 10″. Ia dijana oleh pemproses Qualcomm SDA 624. Dengan kawalan suara pengguna boleh menonton video, melihat ramalan cuaca, mencari resipi makanan, melakukan panggilan Duo dan mengawal peranti berhubung di rumah. Paparan pintar ini akan dijual pada musim panas akan datang. Harga untuk model 8″ ialah $199.99 (~RM 799) sebuah manakala untuk model 10″ ia dijual pada harga $249.99 (~RM 999).

Komen