Cari @ Amanz

Kes kerentanan Spectre dan Meltdown menjadi bualan dunia teknologi minggu lalu. Kerentanan sekuriti yang melibatkan CPU ini mengakibatkan maklumat pengguna terdedah kepada dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Hari ini pengguna peranti Apple boleh memuat turun kemas kini iOS 11.2.2 dan macOS High Sierra 10.13.2 bagi menampal kerentanan Spectre. Kerentanan Meltdown telahpun terlebih dahulu ditambal oleh Apple pada kemaskini terdahulu. Pada peranti iOS, kemaskini 11.2.2 ini mempunyai saiz di bawah 80 Megabyte.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd