Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran Samsung Galaxy A8 untuk pasaran tempatan. Samsung menjadualkan tarikh 17 Januari 2018 ini untuk pelancaran berkenaan.

Pada acara pelancaran berkenaan, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy A8 dan juga Galaxy A8+. Kedua-duanya adalah telefon pintar terbaru daripada Samsung dengan rekaan skrin 18:9, dan pada masa yang sama menawarkan sokongan dwi-kamera pada bahagian hadapan. Ia juga turut dilengkapi dengan sokongan kalis air bersama dengannya.

Samsung dijangka akan mengumumkan harga jualan pada hari pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd