Samsung Memperkenalkan Platform Untuk Teknologi Swapandu – DRVLINE

Samsung Memperkenalkan Platform Untuk Teknologi Swapandu – DRVLINE

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Samsung sebelum ini telah mengambil-alih Harman dimana selain sokongan audio yang menarik, mereka juga mendapat akses kepada teknologi automotif yang dibangunkan oleh mereka. Kini, hari ini pada CES 2018, Samsung memperkenalkan platform untuk teknologi swapandu mereka tersendiri, dinamakan sebagai DRVLINE.

Samsung Kereta

Samsung DRVLINE ini akan mengabungkan penawaran perkakasan dan perisian bagi memudahkan pengeluar kenderaan untuk menghasilkan kenderaan swapandu. Pengeluar kenderaan juga boleh membuat ubah-suai pada platform ini, dan tidak terikat sepenuhnya pada penawaran teknologi DRVLINE ini – berbeza dengan beberapa platform swapandu yang lain.

Samsung Kereta

Untuk permulaan, Samsung akan menawarkan sistem ADAS yang dilengkapi dengan kamera untuk memberikan amaran ketika bertukar laluan, amaran kenderaan dihadapan, mengenal-pasti pejalan kaki, dan menghentikan kenderaan dalam kecemasan.

Samsung dijangka menawarkan sistem ini untuk pengeluar kenderaan bermula tahun ini – tetapi tidak menamakan siapakah rakan kerjasama mereka buat masa ini.

Layari : Samsung DRVLINE


TIPS & ULASAN