Cari @ Amanz

Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang digunakan ramai – dan sering diperkatakan sebagai pesaing terdekat untuk WhatsApp. Perkhidmatan permesejan berkenaan juga turut menyertakan sejumlah ciri-ciri tambahan, dan kini ia dikatakan mereka turut akan memperkenalkan sistem rantaian blok tersendiri, termasuk penawaran kriptowang khusus.

Menurut laporan awal, sistem rantaian blok Telegram ini dikatakan akan dikenali dengan nama TON (Telegram Open Network), sementara token atau kriptowang Telegram dijangka dikenali dengan nama “Gram”.

Ia dikatakan Telegram menyasarkan untuk mengumpul sebanyak $500 juta melalui penawaran pra-ICO untuk “Gram”, dan ia dijangka akan ditawarkan kepada pelabur besar terlebih dahulu.

Dengan penawaran berkenaan juga, Telegram dijangka menyediakan platform pembayaran mereka tersendiri menggunakan kriptowang – sekaligus membolehkan mereka memperluaskan penawaran aplikasi permesejan turut untuk sokongan pembayaran dan sebagainya.

Seperti biasa, kita mungkin akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan penawaran kriptowang Telegram ini dalam masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd