Acer Dan ASUS Menunjukkan Paparan Skrin 65 Inci Dengan Resolusi 4K Dan Kadar Segar Semula 120Hz

Acer Dan ASUS Menunjukkan Paparan Skrin 65 Inci Dengan Resolusi 4K Dan Kadar Segar Semula 120Hz

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Lanjutan daripada laporan dimana NVIDIA akan membantu syarikat-syarikat seperti Acer, ASUS dan HP untuk membina paparan 4K bersaiz 65 inci, Nampaknya dua daripada syarikat-syarikat tersebut, Acer dan ASUS telahpun menunjukkan paparan-paparan bersaiz 65 inci mereka.

Acer Predator BFGD

Paparan skrin Acer Predator BFGD (Big Format Gaming Display) ini dibina dengan ciri-ciri paparan yang cukup menarik sekali. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, paparannya bersaiz 65 inci, dan hadir pada resolusi 4K dengan sokongan untuk teknologi paparan GSYNC, termasuklah ciri segar semula 120Hz pada resolusi tersebut, yang merupakan salah satu daripada paparan-paparan pertama dengan ciri ini.

Lebih menarik lagi, paparan Acer Predator BFGD ini juga dilihat hadir dengan ciri-ciri pertukaran mod multimedia daripada NVIDIA Shield yang membolehkan para pengguna menukar mod paparan menggunakan pengawal mudah-alih yang hadir dengan sokongan bantuan suara Google Assistant.

ASUS ROG SWIFT PG65 BFGD

ASUS pula hadir dengan paparan skrin ASUS ROG Swift PG65 BFGD, sebuah paparan 65 inci dengan resolusi 4K yang hadir dengan ciri-ciri yang sama yang dapat dilihat pada paparan skrin Acer Predator BFGD sebelum ini.

Perbezaan utama diantara kedua-dua paparan ini, selain daripada rekaan ialah paparan PG65 BFGD ini hadir dengan sokongan untuk teknologi HDR (High Dynamic Range), yang membolehkan para pengguna melihat gambaran yang cukup terang sekali warnanya. Selain daripada itu, paparan ini juga menyokong gamut warna DCI-P3, yang mempunyai lebih banyak warna daripada SRGB.

Buat masa ini, tarikh pengeluaran dan tanda harga untuk paparan-paparan skrin `Acer Predator BFGD dan ASUS ROG Swift PG65 BFGD belum lagi diumumkan, tetapi terdapat kebarangkalian besar mereka akan hadir pada pertengahan tahun kelak.


TIPS & ULASAN