Kenderaan Elektrik Swapandu Byton Concept Dilancarkan Sebagai Pesaing Kepada Tesla

Kenderaan Elektrik Swapandu Byton Concept Dilancarkan Sebagai Pesaing Kepada Tesla

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Nama paling besar di dalam arena kenderaan elektrik dengan kemampuan swapandu ialah Tesla. Namun dominasi mereka kini mual dicabar pengeluar kenderaan konvensional seperti Nissan dan Honda. Sebuah lagi syarikat baru turut terjun ke arena kenderaan swapandu ini. Byton Concept ialah sebuah Smart Intuitive Vehicle yang akan dijual seawal 2019.

Dua model bakal dihasilkan dengan model satu dilengkapi satu motor 268 kuasa kuda dan sebuah lagi dengan dwi-motor berkuasa 469 kuasa kuda. Pihak Byton mensasarkan kenderaan yang dihasilkan akan mempunyai jarak perjalanan maksimum sehingga 520 kilometer dengan sekali caj. Pengecasan selama 30 minit pula dapat mengecas bateri sehingga lama puluh peratus.

Bahagian hadapan kokpit didominasi skrin sesentuh sepanjang 1.2 meter. Pada stereng terdapat sebuah lagi skrin sesentuh bersaiz tablet bagi membolehkan pemandu mengawal fungsi asas kenderaan. Byton Concept turut akan menggunakan pembantu maya Amazon Alexa bagi membolehkan ia memahami arahan suara. Kamera pada sisi pintu menyokong sistem pengecasan wajah. Pintu akan ternyahkunci dan terbuka apabila mengesan wajah pemilik. Konfigurasi kerusi dan pemanduan juga boleh diubah secara automatik mengikut profil pemandu berbeza.

Pada awalnya ia hanya mempunyai fungsi swapandu tahap 3. Menjelang 2020 ia mensasarkan kemampuan swapandu tahap 4. Perbezaan di antara dua tahap ini ialah pada tahap 4, kenderaan tidak memerlukan bantuan manusia langsung untuk memulakan pemanduan. Byton Concept mensasarkan jualan di China pada tahun 2019 dengan harga jualan bermula dari $45,000 (~RM 180,000).


TIPS & ULASAN