Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena peranti berhubung dari hari ke hari, salah satu perkara yang turut ia memberikan impak adalah terhadap penggunaan dan penghasilan data harian oleh pengguna yang meningkat dari hari ke hari.

Menyentuh mengenainya hari ini, Intel menyasarkan yang mana menjelang 2020 kelak, secara purata, seseorang pengguna akan menghasilkan sekitar 1.5GB data setiap hari.

Intel CEO

Data ini termasuk data kesihatan daripada peranti berhubung, siaran langsung yang dilakukan melalui platform sosial, perkongsian gambar, perkongsian teks, dan sebagainya yang disimpan dan dikongsikan secara atas talian.

Intel turut menyasarkan yang mana kenderaan swapandu dijangka menghasilkan sekitar 4TB data setiap hari, selain kilang pintar yang dijangka menghasilkan data mencapai 5PB setiap hari.

Intel Data 2020

Intel menyentuh mengenai perkara ini ketika berkongsi mengenai pembelajaran mesin dan pemprosesan neural yang akan melibatkan sejumlah data ini. Ia sekaligus akan membantu menghasilkan pelbagai ramalan dan jangkaan yang boleh mengubah bagaimana kita beroperasi.

Malah, dengan rangkaian 5G serta perkembangan pada arena telekomunikasi, pemindahan data ini dijangka akan lebih pantas – selain kecerdasan buatan yang akan memberikan impak kepada pelbagai industri seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd