Intel Akan Tawar Kemaskini Sekuriti Untuk Semua Cip Pemprosesan Menjelang Penghujung Januari

Intel Akan Tawar Kemaskini Sekuriti Untuk Semua Cip Pemprosesan Menjelang Penghujung Januari

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Intel hari ini pada acara CES 2018 berkongsi sejumlah perkara menarik, dan pada masa yang sama turut menyentuh mengenai masalah sekuriti Meltdown & Spectre yang telah dilaporkan baru-baru ini.

Intel CEO

Intel mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini untuk mengatasi masalah berkenaan dalam minggu ini yang akan mengatasi sekitar 90% cip pemprosesan dan produk mereka – dan bakinya dijangka akan menerima sebelum penghujung Januari 2018 ini. Angka yang diberikan ini adalah sasaran untuk cip pemprosesan yang telah dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun lepas. Intel masih belum mengeluarkan latar masa pengenalan kemaskini sekuriti sama untuk cip yang lebih berusia.

Seperti biasa, kemaskini berkenaan akan ditawarkan melalui rakan kerjasama atau pengeluar komputer.

Intel turut menekankan yang mana kemaskini ini mungkin memberikan sedikit impak pada pemprosesan yang mungkin memperlahankan beberapa tugasan – dan mereka sedang berusaha untuk mengurangkan impak berkenaan.


TIPS & ULASAN