Lenovo Melancarkan Tiga Model Kemaskini Thinkpad X1 Carbon, X1 Yoga Dan X1 Tablet

Lenovo Melancarkan Tiga Model Kemaskini Thinkpad X1 Carbon, X1 Yoga Dan X1 Tablet

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Tiga model kemaskini untuk komputer riba ThinkPad X1 dilancarkan oleh Lenovo di acara CES pagi ini. Tiga model yang dilancarkan adalah Thinkpad X1 Carbon, X1 Yoga dan X1 Tablet. Ketiga-tiganya hadir dengan fungsi unik tersendiri.

Kita mulakan dahulu dengan Lenovo ThinkPad X1 Carbon yang merupakan generasi ke enam komputer riba ini. Ia dilengkapi skrin 14″ dengan sokongan resolusi sehingga WQHD dan Dolby Vision HDR. Pemproses Intel Core i7 generasi ke lapan dipadankan dengan memori sehingga 16GB LPDDR3 dan storan 1TB SSD PCIe. Cip grafik yang disertakan pula ialah Intel UHD 620. Bateri 57 Wh yang disertakan mampu memberikan kuasa sehingga 15 jam. Akhir sekali kamera web 720P dilengkapi penutup ThinkShutter bagi memastikan privasi pengguna.

Lenovo ThinkPad X1 Yoga pula ialah peranti generasi ke-tiga yang dilengkapi skrin  14″ dengan sokongan resolusi sehingga WQHD dan Dolby Vision HDR. Pemproses Intel Core i7 generasi ke lapan dipadankan dengan memori sehingga 16GB LPDDR3 dan storan 1TB SSD PCIe. Cip grafik yang disertakan juga ialah Intel UHD 620. Bateri 54 Wh yang disertakan mampu memberikan kuasa sehingga 15 jam. Tidak seperti X1 Carbon, X1 Yoga hadir dengan sokongan stylus ThinkPad Pen Pro.

Akhir sekali ialah Lenovo ThinkPad X1 Tablet pula ialah peranti generasi ke-tiga yang dilengkapi skrin  13″ dengan resolusi 3000×2000 pixel. Pemproses Intel Core i7 generasi ke lapan dipadankan dengan memori sehingga 16GB LPDDR3 dan storan 1TB SSD NVMe PCIe. Tablet ini turut dilengkapi kamera 8-Megapixel pada bahagian belakang dan 2-Megapixel pada bahagian hadapan. Bateri 42 Wh yang disertakan mampu memberikan kuasa sehingga hampir 10 jam. Sokongan stylus ThinkPad Pen Pro disertakan bagi membolehkan lakaran terus pada skrin.


TIPS & ULASAN