Carian
Intel Sedang Membangunkan Cip Yang Beroperasi Seumpama Otak Manusia
January 9, 2018 Aman

Intel merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena pengeluaran cip perkomputeran. Kini, dengan populariti arena kecerdasan pintar dan robotik, pihak Intel turut bergerak seiring, dan kini mengumumkan mereka sedang membangunkan sebuah cip yang memimik bagaimana otak manusia belajar dan memahami sesuatu perkara.

Intel CEO

Intel memanggilnya sebagai pemprosesan neuromorphic, dan cip prototaip awal untuknya dinamakan “Loihi”. Cip prototaip ini akan belajar secara kendiri melalui pelbagai data yang ditawarkan untuknya – lebih kurang seperti otak kita.

Menurut Intel, cip prototaip ini berjaya untuk mengenal-pasti objek dalam hanya beberapa minggu sahaja. Cip ini dikatakan menyertakan litar digital yang menawarkan operasi seumpama otak manusia. Dengan mengabungkan segalanya dalam satu cip, ia sekaligus membuatkan pembelajaran mesin lebih efisyen berbanding penggunaan cip biasa hari ini.

Buat masa ini, cip ini masih pada peringkat prototaip dan Intel dijangka berkongsinya dengan universiti dan pelbagai institusi pada tahun ini – sekaligus membawa arena kecerdasan buatan dan robotik selangkah kehadapan. Kelak, kita mungkin akan melihat cip ini digunakan dalam industri dan peralatan yang memerlukan pelbagai pengiraan dan keputusan dilakukan dengan pantas – seperti dalam arena automotif, robotik dan sebagainya.

Komen